[NEWBIE] Panduan Sebelum Memulakan Perniagaan Internet.



Artikel ini ditujukan khas kepada pemula (Newbie) dalam perniagaan internet. Jika anda bukan seorang newbie, anda boleh abaikan dan baca artikel lain kerana maklumat yang saya ingin disampaikan sudah anda ketahui.

Perkara yang anda perlu fikir sebelum memulakan perniagaan internet.


Kenali kelebihan dan kekurangan diri.

Sebelum memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa kelebihan dan kekurangan dalam diri anda. Apa yang anda boleh buat, senaraikan kesemuanya. Sebagai contoh, pandai buat kek, pandai baiki kereta, dapat bercakap dengan yakin, tidur sepantas 5 minit.. Senaraikan kesemuanya termasuk benda pelik yang anda tahu. Anda boleh tapiskan kelebihan ini kemudian. Sama juga dengan kekurangan, senaraikan kekurangan yang anda ada. 

Dengan mengetahui kelebihan dan kekurangan diri, kita akan dapat membuat keputusan dengan lebih baik dalam peringkat yang seterusnya.


Jenis perniagaan.

Selepas proses mengenal kelebihan dan kekurangan, fikirkan jenis perniagaan yang sesuai untuk anda jalankan di internet. Terdapat banyak jenis perniagaan yang boleh anda usahakan. Sebagai contoh, anda boleh sediakan servis berdasarkan kepada kemahiran anda, jadi penulis blog, jadi ajen affiliate produk digital, ajen dropship produk fizikal. Anda tentukan yang mana satu bersesuaian dengan diri anda. 

Sebaiknya, pilihlah satu sahaja sebagai permulaan. Fokus dan mahirkan. Jangan tamak untuk buat semuanya dalam satu masa. 


Rancangan perniagaan.

Selepas memilih jenis perniagaan anda perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal permulaan yang anda perlu untuk memulakan perniagaan yang sudah dipilih. Adakah modal permulannya percuma ataupun dengan modal minimum atau dengan modal yang besar. Disarankan untuk bermula dengan modal sifar ataupun modal rendah. Ini kerana, anda perlukan modal tersebut untuk pelaburan ilmu. Anda perlu belajar untuk menguasai perniagaan yang sudah dipilih.

Sebagai contoh, jika anda tidak mempunyai modal untuk bermula, anda boleh pilih perniagaan seperti menjadi ajen affiliate ataupun menjadi ajen dropship. Untuk menguasai afiliate anda perlu melabur untuk mendapatkan ilmu. Maksudnya, gunakan duit tersebut untuk belajar panduan yang sepatutnya. 

Setiap jenis perniagaan memerlukan strategi pemasaran yang berbeza. Ketahui strategi bagaimana yang anda nak gunakan, adakah percuma atau berbayar. Jika anda gunakan strategi percuma, pastikan usaha anda konsisten sebagaimana anda mula-mula teruja untuk menjana pendapatan melalui perniagaan internet. Jika strategi yang anda gunakan menggunakan kaedah berbayar, pastikan anda mendapatkan ilmu yang betul supaya wang yang dilaburkan untuk pengiklanan tidak rugi begitu saja.

Ramai newbie terhenti di peringkat ini kerana mereka tidak tahu strategi pemasaran yang sesuai untuk produk mereka. Ramai diantara mereka terus pergi ke kaedah pengiklanan berbayar tanpa ilmu. Hasilnya jauh ke laut dan mendapat rugi. Akhirnya, perniagaan mereka terkubur begitu saja.

Untuk permulaan, gunakan pemasaran percuma seperti mengiklankan di laman sosial seperti Facebook. Biasakan diri untuk menjual.

Tempat kerja dan alatan.

Ini juga penting bagi peniaga di internet. Walaupun cuma bekerja secara dalam talian, bukan bermaksud tidak perlukan tempat kerja yang sesuai. Keaadaan tempat kerja boleh mempengaruhi kualiti kerja yang anda lakukan. Jika anda bekerja di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan. 

Peralatan seperti sambungan internet, telefon pintar dan komputer perlu ada. Tanpa ini sama seperti mempunyai kedai tetapi tidak ada jalan untuk pergi ke kedai tersebut. 

Manakala printer dan mesin fax mungkin berguna tapi tidak wajib untuk permulaan. Ia bergantung kepada perancangan anda.


Adakah perniagaan anda halal atau haram?

Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang di bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara. Anda pastinya tidak mahu perniagaan yang anda dilakukan adalah salah di sisi undang-undang dan diselubungi perasaan takut setiap kali mula berniaga.


Cukup setakat ini saja penerangan ringkas, saya tidak mahu otak anda dibebani dengan maklumat yang terlampau banyak. Ini sebenarnya panduan kasar sahaja, sebenarnya dalam setiap tajuk tersebut ada banyak lagi cabang kecil yang perlu anda ketahui. Masa akan datang saya akan kongsikan lagi kepada anda.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen.
Previous Post Next Post