Jual Telur Masin, Kini Mampu Jana RM12,000 Sebulan

Gambar: Harian Metro

Pada setiap hari kira-kira jam 6 pagi, empat buah reban yang menempatkan kira-kira 1,100 itik akan dibuka untuk membiarkan itik-itik tersebut mencari makanan di sekitar sawah di Kampung Che Mali, Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.


Itik-itik diternak oleh Che Hassan Che Mood, 57, bagi membekalkan telur itik untuk perusahaan telur masin miliknya.

Menurut Che Hassan, itik-itik tersebut dibiarkan mencari makanan sekitar sawah padi bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi itik tersebut dan akan menghasilkan telur yang berkualiti.

Beliau turut memberitahu bahawa setiap hari dianggarkan sekitar 860 biji sehingga 950 biji mampu diperoleh dan akan dikumpulkan bagi proses pemeraman telur masin.


Gambar: Harian Metro

Bermula tiga tahun lalu dengan sebanyak 50 ekor itik sumbangan kerajaan negeri Kelantan, kini Che Hassan telah menternak lebih 1,100 ekor itik yang diperoleh daripada penternak di Perak.

Bagi proses pembuatan telur masin pula, dia akan dibantu oleh isterinya Wan Naimah Wan Yaakub, 48, yang akan memproses sebanyak 2,000 biji telur masin dan akan dibekalkan kepada peraih di Pasir Mas dan Tanah Merah.

Perbezaan antara telur masin yang dihasilkan Che Hassan dengan telur masin yang lain adalah cara pemprosesannya iaitu dengan menggunakan air yang dimasakkan dengan menggunakan garam, daun pandan dan asam keping berbanding kebanyakan telur masin disalut dengan tanah liar atau arang.

Daun pandan dan asam keping digunakan bagi mengelakkan bau hanyir telur yang telah direbus. Kemudiannya telur tersebut akan dijemur selama 20 minit selepas dikeringkan dan direndam dengan air masin dalam bekas tertutup selama 12 hari bagi memastikan telur menyerap rasa masin.


Gambar: Harian Metro

Bagi memastikan tahap kemasinan air yang sesuai, satu alat khas telah digunakan bagi memastikan rasa masin yang konsisten dan Che Hassan akan memeriksa telur-telur tersebut dari semasa ke semasa bagi menjaga kualiti telur masin yang dihasilkan.

Menurut Che Hassan, telur masin tersebut akan dijual dengan harga 65 sen sebiji dan bagi telur itik biasa pula sebanyak 44 sen sebiji dan beliau turut menjual telur masin dalam bekas yang berisi 30 bii dengan harga sebnayak RM25 dan RM65 bagi 100 biji.

Pihak MARDI turut mengambil 250 balang besar yang mengandungi 30 biji telur masin bagi pasaran di Lembang Klang.

“Dengan menjual telur itik hasil penternakan ini, ia secara tidak langsung mengubah kehidupan kami sekeluarga, malah terkeluar daripada garis kemiskinan apabila mampu memperoleh pendapatan kasar RM12,000 sebulan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Sumber: vitdaily.com

3 Comments

  1. Tuan dimana nak dapatkan cara cara nak menjusl di ebay,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh belajar ebay melalui blog mamabaryani.com

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post