Pesan Cendol Online, Terus Sampai Depan Rumah



Kita biasa lihat cendol akan dijual menggunakan lori ataupun di gerai makan dan pasti ia menjadi tumpuan orang ramai untuk membasahkan tekak pada waktu matahari sedang terik memancar.
Atas kemajuan teknologi dan idea generasi muda, seorang pemuda daripada Kampung Warisan Inanam, Kota Kinabalu, Sabah telah memulakan perniagaan cendol secara online dan pesanan akan terus dihantar ke lokasi pelanggan.

Mohd Raffe Juslee, 28, mendapat idea menjalankan perniagaan ini setelah menyedari ramai orang gemar meminum cendol tetapi dalam masa yang sama sukar untuk keluar membelinya atas kekangan tertentu, selain dia sendiri gemar meminum cendol sejak daripada kecil.
Pemuda yang berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) memulakan perniagaan dengan menawarkan pelbagai perisa cendol seperti cendol jagung, ros, santan, susu, kacang merah, cafe latte, buah-buahan dan madu.
Cendol yang dijual Mohd Raffe ini menggunakan nama Cendolicious bagi mengambarkan kesedapan dan kesegaran produk jualannya selain nama itu mudah diingati oleh orang ramai.
Mohd Raffe turut memberitau kepada BH Plus, resepi yang digunakannya adala resepi cendol turun temurun daripada ibunya yang sebelum ini sangat terkenal dalam kalangan keluarga dan sanak saudaranya.
Dia memulakan berniagaan ini sejak setahun yang lalu setelah mempelajari teknik dan resepi pembuatan cendol daripada ibunya dan atas saranan rakan-rakannya dia mula menjual cendol ini.
Bagi mencari kelainan Mohd Raffe yang melihat kejayaan menjual produk kek dan biskut secara online, mula tercetus ideanya untuk mengambil pesanan cendol menerusi online juga.
“Selepas itu, saya terfikir mungkin bagus juga kalau saya memulakan perniagaan cendol secara online tanpa perlu membuka gerai. Cendol dihasilkan adalah berdasarkan jumplah tempahan tanpa perlu memikirkan tapak, gerak serta keperluan lain,” maklum Mohd Raffe.
Sejak memulakan perniagaan cendol secara online ini, pesanan yang diterimanya sangat memberangsangkan dan setiap hari pelanggannya semakin bertambah.
Selain pesanan cendol melalui online, Cendolicious ini juga mempunyai rasa yang sangat enak dan bahan-bahan yang digunakan sentiasa segar kerana Mohd Raffe akan memastikan bahan-bahan cendol ini dimasak sendiri tanpa membeli bahan yang sudah siap di pasaran.
Harga yang dikenakan juga turut berpatutan dan ia bermula daripada RM3.50 sehingga RM9.50 bagi segelas cendol yang mempunyai pelbagai saiz dan penghantaran membabitkan kawasan Inanam, Jalan Sulaman, Likas, Patutan dan Penampang.
Anak muda ini turut empunyai perancangan masa hadapan untuk membuka sebuah restoran cendol dan menu makanan yang lain.
Sumber: vitdaily.com
Previous Post Next Post