Beli nama domain murah dengan kupon diskaun

Pemilihan nama domain boleh jadi agak sukar kerana kebiasannya nama yang cantik dan menarik selalunya sudah diambil orang lain. Selain daripada itu pembeli juga mempunyai masalah untuk memilih penyedia domain yang sesuai. Ada yang mahal dan ada yang murah. Dalam artikel ini kami akan kongsikan kepada anda satu tempat yang boleh anda pilih untuk beli nama domain murah.  

 

Bagi anda yang masih belum tahu apa itu nama domain. Nama domain secara ringkasnya boleh diibaratkan sebagai nama kedai atau alamat rumah. Sama seperti alamat di dunia nyata begitu juga di dunia maya. Nama ini diperlukan untuk memudahkan pengunjung mendapatkan apa yang mereka inginkan.  

 

Secara peribadinya kami di Lubuk Digital menyarankan klien untuk membeli nama domain di namesilo.com. Anda bukan saja dapat beli nama domain murah malah namesilo juga menyediakan kelebihan lain kepada klien mereka.    

 

Antara fungsi tambahan yang kami rasakan sangat berbaloi adalah fungsi “FREE WHOIS Privacy”.

 

FREE WHOIS Privacy – fungsi ini sangat penting untuk mengelakkan daripada maklumat peribadi anda disalahguna oleh scammer. Ada penyedia domain yang berikan fungsi ini secara percuma untuk tahun pertama sahaja, untuk tahun seterusnya perlukan bayaran tambahan. Ada juga penyedia domain yang mengenakan bayaran tambahan terus dari tahun pertama. 

 

Untuk fungsi tambahan lain anda boleh lihat gambar dibawah. Ianya perbezaan di antara penyedia domain popular.

nama domain murah

Cara nak beli domain disini sangat mudah. Anda boleh ikut panduan ni dan dapatkan diskaun sebanyak $1 untuk pembelian pertama.

 

Pergi ke namesilo.com

namesilo homepagenamesilo search domain

Tukar nameserver siap-siap sebelum teruskan tempahan. Tapi kalau beli domain di tempat yang sama dengan hosting boleh SKIP bahgian ni. Biasanya pihak hosting dah tolong setup. Masukkan nameserver mengikut tetapan yang sudah hosting berikan. 

 

Gunakan nameserver ni sekiranya anda menggunakan hosting Dreamhost.

ns1.dreamhost.com
ns2.dreamhost.com
ns3.dreamhost.com

Masukkan kupon lubukdigital untuk dapatkan diskaun sebanyak $1.

 

Diskaun ni cuma untuk pengguna baru saja. Kalau dah ada akaun tu memang tak akan dapat guna kupon diskaun ni.

Pilih kaedah pembayaran anda. Namesilo boleh terima pembayaran untuk bank tempatan.

beli nama domain murah

Selesai proses pembelian nama domain. Sekarang anda boleh sambungkan dengan hosting.

 

KEKURANGAN namesilo pula adalah mereka belum menerima pembelian untuk nama domain negara seperti .my dan .com.my 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button