[NEWBIE] 5 Lesen Produk Digital Yang Anda Wajib Tahu


Sebelum dan selepas membeli produk digital anda perlu mengenal dan memahami lesen yang diberikan kepada anda. Ramai pembeli ebook terutamanya yang masih baru sama sekali tidak mengenali apa yang mereka boleh lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dengan produk tersebut. 
Selepas membeli, mereka dengan bebas memberikan produk tersebut kepada umum kerana berpendapat produk tersebut sudah menjadi hak milik mereka. Malah, ada yang menjual semula tanpa pengetahuan pemilik asal.

Disini silapnya, mereka menyamakan syarat pembelian produk digital dengan produk fizikal. Ini salah kerana kedua-dua produk ini adalah berbeza sama sekali. 

Anda boleh buat apa saja kepada produk fizikal yang sudah dibeli. Anda boleh berikan percuma kepada orang lain, boleh disewakan malah boleh dijual semula. Sebab apa? Sebab sewaktu membuat pembelian, penjual tidak ada kenakan apa-apa syarat untuk tidak boleh berbuat sedemikian. 

Oleh itu penting kepada kita untuk memahami lesen pembelian. Dalam artikel kali ini saya akan terangkan secara ringkas kepada anda mengenai lesen untuk produk digital. Produk digital terdiri daripada 5 kategori iaitu UPLR, PLR, MRR, RR, PU .


Lesen UPLR  – Unrestricted Private Label Rights
  1. Produk digital yang anda beli boleh dijual semula dan simpan 100% keuntungan.
  2. Anda berhak untuk melakukan apa saja kepada produk digital tersebut termasuk memberikan lesen PLR, MRR, RR, PU kepada pembeli.
  3. Anda juga dibenarkan untuk memberikan produk ini secara percuma.
  4. Anda boleh mengubah design laman web jualan, ecover, banner dan anda juga dibenarkan untuk menjenamakan semula produk tersebut mengikut citarasa anda. 
  5. Anda boleh mengaku produk ini hasil ciptaan anda sendiri.


Lesen PLR – Private Label Rights
  1. Produk digital boleh dijual semula dan anda boleh simpan 100% keuntungan.
  2. Anda berhak untuk melakukan apa saja kepada produk digital tersebut termasuk memberikan lesen MRR, RR, PU kepada pembeli.
  3. Anda juga boleh berikan hak lesen PLR jika anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik asal produk tersebut. Jika tiada syarat ditetapkan, anda boleh jual semula beserta lesen PLR.
  4. Anda tidak dibenarkan untuk memberikan produk ini secara percuma, kecuali memenuhi syarat tertentu yang sudah ditetapkan.
  5. Anda boleh mengubah design laman web jualan, ecover, banner dan anda juga dibenarkan untuk menjenamakan semula produk tersebut mengikut citarasa anda. 
  6. Anda boleh mengaku produk ini hasil ciptaan anda sendiri.


Lesen MRR – Master Resell Rights
  1. Jenis lesen ini juga membenarkan anda untuk menjual semula produk digital tersebut dan menyimpan 100% keuntungan. Sebagai pemegang lesen ini, anda hanya boleh menjual produk tersebut beserta lesen RR atau PU sahaja.
  2. Anda tidak dibenarkan mengubah nama produk atau menukar nama penulis atau penerbit asal produk tersebut.
  3. Anda juga dilarang mengubah reka bentuk laman web jualan, ecover dan banner. 
  4. Anda cuma boleh beli dan jual semula produk tersebut dalam keadaan asal.


Lesen RR – Resell Rights
  1. Sama seperti lesen jual semula yang lain, anda boleh menjual semula produk ini kepada orang lain dan simpan 100% keuntungan.
  2. Produk dengan lesen RR perlu dijual TANPA memberikan lesen RR kepada pembeli. Jika dibenarkan, anda perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik produk.
  3. Anda tidak dibenarkan menukar nama produk dan nama pemilik produk tersebut. Tapi anda dibenarkan untuk meletakkan diri anda sebagai penjual bersama.
  4. Pelanggan anda hanya menerima hak kegunaan peribadi sahaja. (Baca lesen PU dibawah)
  5. Anda juga dilarang mengubah laman web jualan, ecover, banner yang datang bersama dengan produk tersebut.

Lesen PU – Personal Use
  1. Ini merupakan lesen untuk pembeli terakhir.
  2. Anda tidak boleh menjual semula produk tersebut.
  3. Produk lesen ini hanya khas untuk digunakan peribadi sahaja.


Mungkin sebelum ini anda masih belum mengenali lesen-lesen lebih jelas tapi sekarang anda sudah tahu. Dan dengan ini, secara tidak langsung anda juga tahu cara yang lebih mudah untuk menjana pendapatan melalui produk digital tanpa perlu menghasilkan sendiri. Iaitu dengan mendapatkan produk yang boleh dijual semula. 

Sekiranya anda mempunyai idea untuk menghasilkan produk sendiri tetapi kebuntuan idea, anda boleh cari sumber-sumber dengan lesen UPLR atau PLR untuk dijadikan kandungan dalam produk anda.
Anda boleh cari banyak produk yang boleh dijual semula diluar sana. Malah dalam blog ini juga ada mengumpulkan koleksi produk digital yang boleh dijual semula. Contohnya ebook PLR niche evergreen.

Sebarang pertanyaan atau percanggahan maklumat anda boleh ajukan di ruangan komen. Saya akan cuba untuk memberi maklum balas secepat yang mungkin.



Jika anda rasakan artikel ini menarik, klik ikon share.
Previous Post Next Post